Wednesday, July 16, 2008

benda-benda yang aku hilang dan aku teringin balik dalam hidup aku!

abah aku
banyak benda aku nak bercerita/bercakap/bagitahu dia.
aku tak puas lagi hidup dengan dia.banyak benda aku tak buat lagi dengan dia.
aku rindu abah.

sifat degil aku
dulu aku degil.apa aku mahu,aku tetap mahu.aku tahu apa yang aku mahu.unlike sekarang. aku lebih mengikut orang.macam lalang.tak bagus.

zaman form 3 aku di SSP
aku banyak main mase form 3.walaupun result aku excellent.tapi attitude mula berubah bermula pada akhir form 3.aku selalu escape kelas,practise basketball,prep and etc. aku jadi pemalas tahap dewa.hidup dalam dunia sendiri.

norhana
aku hilang dia sebab aku sendiri.sampai sekarang aku terkilan setiap kali fikir pasal dia.dan sampai dia hilang pun aku tak ada inisiatif nak ubah diri aku. dia kawan paling best sepanjang hidup aku.aku malu dengan dia.maafkan aku.

passion
aku sekarang tak ada perasaan.buat apa pun hati batu.jiwa kosong.tak rasa apa-apa. tak ada feeling.hari-hari aku pura-pura sahaja.aku penat dan jelak.tapi aku tak tahu mane nak cari balik benda itu.



yang penting sekarang aku tak tahu apa yang aku nak dalam hidup aku.kalau orang tanya "apa yang engkau mahukan dalam hidup engkau?" aku hanya mampu tersenyum sahaja. sebab aku pun tak tahu.macam orang bingung sahaja hidup aku sehari-hari.

kalau la boleh putar balik masa.undo semua.delete semua history.kan bagus!

No comments: