O Perempuan,
apa sahajalah yang kau sibuk-sibukkan?
dan apa jua-lah yang kau tergila-gilakan itu?
si Lelaki memang suka kau berebut, dan kejar-kejar. tambah lagi kalau kau orang langsung masam muka antara kau orang perempuan.
dan satu hal, jangan diturut sangat ikut hati yang mahu jadi kepala. dalam setiap perkumpulan perempuan, tentu saja ada yang sibuk hendak jadi kepala. masing-masing. nak jadi ketua kepada yang lain.untung-untung, punyai pengikut yang mengekor, membontot-ti ke mana saja.
kau orang semua tentu rasa yang kau orang lah yang paling hebat. kau orang lah yang paling 'cool' dalam dunia ni. ibarat nya satu perkumpulan yang paling happy go lucky! updated! searus dengan putaran zaman masa kini. konon-konon perempuan-perempuan lain tak hebat, tak ada taste, tak macam kau orang.
tapi kau orang sibuk juga terkeja-kejar.
1. lelaki
2. pangkat
3. glamour/populariti
.........
jadi mana hebatnya?
nota kaki: tentunya, aku juga perempuan. nasib la aku perempuan.
tapi moga di jauh kan aku dari menjadi perempuan-perempuan yang begitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment