Monday, September 15, 2008
gaya bahasa encik matahari.
hampir satu malam mencari istilah gaya bahasa encik matahari.
bertanya ke sana-sini. dunia komsas telah lama ditinggalkan.sudah berkarat pun.
hm,aku tahu, tapi aku tidak tahu. begitulah.
coraknya aku kenal,istilahnya aku lupa.
ku kira bukan lah satu hal yang penting.tapi ia catchy pada aku.kerana dia konsistan dengan itu.seperti senang lagaknya.
setiap konsistansi seseorang terhadap sesuatu selalu menarik perhatian-pada aku lah. kerana konsistansi yg pada sesuatu itu, menunjukkan sesuatu pola,corak atau lebih hampir dlm konteks ini-habit.
seperti encik matahari.dalam setiap-(tiadalah setiap-aku cuma hiperbola sedikit), dia gemar akan pengulangan. gemar amat.gemar mengulang-ulang perkataan baik di hadapan baris,pertengahan baris mahupun di akhiran baris.
aku selalu bersoal sendiri, mengapa dia suka mengulang begitu? tiadalah pula ia salah, cuma mengapa?style kah?menunjukkan penegasan kah? hobikah?
walhal-mungkin pada diri encik matahari sendiri tidak memikirkan seberat begini.
mengapa aku yang sibukan?
mengapa aku yang susahkan?
mengapa aku yang mengapa-mengapa?
:)
nota kaki:sory jeff,don't feel offended.aku hanya rasa ia menarik.jd aku tulis la. kerana aku pasti ini pun belum tentu kau baca. pasal encik matahari tu kau jgn tanya kenapa aku pnggil kau begitu.aku pun dah lupe. tp nama itu cantikkn?
encik matahari.:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment