Tuesday, September 9, 2008

pada siapa ya aku nak cerita? setiap kali pun, pada siapa ya?

aku nak beritahu yang aku suka banyak benda. dan semua yang aku suka indah nian. pada aku la. bagi 'pada siapa' aku tak pasti.

intro lagu srikandi cintaku semacam kan. baik yang dinyanyikan m.nasir mahupun amy search. satu kelasik, satu asyik.

fantasia bulan madu yang siti nyanyi masa di APM tahun ni. macam mana dia buat ya? rasa terbuai.walaupun tak suka siti,tapi tetap admit yang dia tu something. ada certain benda yang apabila bagi kepada dia,dia buat jadi lain.macam magik.

lagi.banyak lagi aku nak bagitahu.tapi pada siapa ya. nak cerita pasal mathilda,mousa,mencurah janji ke daun keladi,jay chou, pasal dadidada, pasal lalala..
macam-macam.

tapi pada siapa?siapa yang tak skeptical?yang tidak memandang semacam bila aku hurming satu nada berkali-kali,bila aku keep rewind part-part yang aku suka,bila aku baca buku yang sama berulang-ulang,bila aku tahu sesuatu benda yang mereka baru tahu dan excited nak bgtahu aku, bila aku sedih tentang sesuatu.bila-bila la. aku mahu cerita.aku mahu kasi tahu.

pada siapa ya?

No comments: