aduh.sakit betul leher aku.tangan kanan terasa numb yang amat. salah tidur la ni.tidur pun boleh salah.mujur tak ada yang nak memberi markah.
dalam-dalam aku tidur yang salah tu,lena juga.sempat bermimpi.kamu fikir aku mimpi apa?hehe.
aku mimpi lebai Pa,Bukit Setugal,Pencak Seribu Kalimah.bila aku bangun. aku sendiri confused, kenapa aku mimpi semua tu? tapi bila aku fikir balik.
"oh,semalam aku update novel di 'my kamara's librettist' dalam blog"
sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
kamu orang tahu novel 'Mereka Yang Tertewas'? untuk aku, ia bagai satu karya agung.
Mulanya digunakan sebagai buku teks rujukan pelajar sastera Tingkatan 6.Sungguh, jika dilihat pada kulitnya, aku tidak sudi hatta meletakkan barang sebelah mata untuk melepaskan pandangan keatasnya. Jangan ambil itu sebagai penghinaan. Itu adalah intuisi seorang budak berusia 12 tahun ketika dan saat itu.
selepas UPSR,aku jadi seperti bingung di rumah.mencapai apa sahaja buku yang ada. dari novel cinta kakakku yang 2 orang itu,hingga komik anak-anak sidek milik wawan dan ikun.novel ini tak terlepas.
Secara ringkasnya, novel 'Mereka Yang Tewas' adalah kisah hidup seorang pemuda bernama Tapa, meninggalkan kampung halaman kerana cintanya dihalang dan menemukan perjalanan di Madrasah Islamiah Bukit Keledang. Di situ dia tinggal dan belajar ilmu hidup daripada Imam Mat. Plot cerita tidak mati di situ, pembaca akan dibawa berulang kali ke beberapa destinasi berbeza, sejarah hidup Tapa di Padi Setempat-tempat kelahirannya, hingga kepada Bukit Keledang dimana dia mula mengenali hakikat kehidupan sehingga ke Bukit Setugal, medan dakwahnya. Setelah berpuluh tahun meninggalkan kampung halaman,Tapa dikenali sebagai Lebai Pa di Bukit Setugal. Disitu pembaca dibawa pula melayari mehnah dan tribulasi Lebai Pa serta ikhwahnya dalam perjuangan dakwah mereka.
Sebuah buku tidak cukup untuk memuatkan sebuah kisah agung. Maka terbit pula 'Mereka Yang Tertewas 2'. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku menemukan perkhabaran gembira terhadap kelahiran sambungan cerita itu.Kulit mukanya membuka selera , seperti kucing yang berpuasa disorongkan ikan bakar dan air asam,heh.
Kali ini aku dapat mengagak dengan lebih jelas, fikrah Lebai Pa berkiblatkan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Lebai Pa bukan sahaja guru agama, tetapi juga guru silat tertinggi dalam Pencak Seribu Kalimah. Ketangkasannya nyata membuka ketakjuban walaupun ia hanya digarapkan dalam bentuk tulisan semata, namun setiap babak yang terbias itu seperti bermain dalam tayangan wayang gambar di panggung minda. Penulis novel ini adalah Hasanuddin Md Isa.
Leher sudah tidak sakit.jari-jari yang menaip menghilangkan rasa numb.
baik,aku mahu sambung tidur.kali ini mimpi apa ya?Tun Nyemah Mulya?jangan!aku seram. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment