Monday, March 17, 2008

keroncong untuk Ana.


Keroncong Untuk Ana

by M Nasir

Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu
Kemana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama
Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja
Ana.. Ana..
Ana.. Ana..
Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku



"kau ingat lagu ini?" aku tanya dengan harapan.
"keroncong untuk Ana untuk aku, dan Mustika untuk kau. mana mungkin aku lupa" balas Ana.

aku senyum puas. Dia masih ingat. Dia masih value aku. Macam dulu-dulu.

"Ana, kau tau?"
"tak" dia pantas mencelah.
"iya,inilah yang aku hendak cerita" balas aku dengan geram.
"kau memang anak nakal kan.selalu saja bikin aku marah" jeling aku melihat dia.
"heh"dia sengih.Macam kerang busuk saja gayanya.Tapi aku senang.

"lama kita tak jumpa ya.maksud aku berborak macam ini.macam di sekolah dulu.
kan?"aku luah dengan satu lepasan di dada.berat tapi lega.

"keras betul kau.dengan aku pun.Ana..Ana, kau tak bagi peluang langsung.kau patut tahu aku bagaimana kan.kalau aku sudah jadi batu, kau jangan jadi berlian pula.jadi sampai bila pun tak lembut"

Tiba-tiba.

"kerana kau terlalu sensitif dan paranoid dengan diri sendiri. cuba buka sedikit untuk orang lain. ini tak. selangkah orang lain dekat dengan kau. sepuluh langkah kau lari. aku tak selamanya ada bersama kau. kita membesar Mustika. kau harus sedar" dia kata perlahan.perlahan tapi cukup jelas untuk aku.

senyap.

"entahlah"aku jawab pendek.simple and bold.
dia senyum saja.

"masih ingat kau tampar aku?hanya kerana aku make a joke on you?"dia tanya.
aku mengeluh berat.

"well, aku mengerti.You didn't slap me just because that stupid joke. Tapi kau kecewa aku menyebelahi orang lain untuk mengenakan kau. aku faham tu semua.kau rasa offended kan?" Ana tak habis-habis menyerang.

"bukan!bukan offended. Tapi more to inferior. kau tahu apa rasanya diri ditelanjangi dengan pandangan sinis mereka?" aku gelisah. cerita awal yang aku begitu eager untuk kabarkan pada dia langsung terbantut.

"Mustika" dia panggil.
apa lagi agaknya dia nak desak.aku keluh dalam hati.

"andika itu siapa ya?"die sengih nakal.
aku sengih juga. hehe.

nanti kita cerita pasal andika lagi.kau tunggu saja okay. aku ada kerja dulu. bye!

No comments: